fbpx

Kategorikan artis baik,tak baik, itu aib – Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING

SUBANG JAYA – Pelakon cantik Anna Jobling menyelar tindakan beberapa pihak yang suka melabel artis dengan pelbagai kategori termasuk selebriti paling tidak baik sehingga mengundang aib dan fitnah.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, trend nicest/rudest celebrities tidak wajar kerana ia secara tidak langsung mengundang kebencian terhadap seseorang selebriti.

“Setiap orang ada ‘bad day’, mungkin ketika peminat bertemu selebriti itu dia senang melalui hari-hari yang teruk atau te­ngah penat menyebabkan mereka menolak untuk melayani permintaan peminat.

“Bagi saya selebriti juga manusia dan punya perasaan. Apa sahaja pengalaman yang anda lalui bersama selebriti adalah bersifat peribadi, simpan sahaja untuk diri sendiri tidak perlu kongsi secara terbuka.

“Jangan mengaibkan mereka (selebriti) dan buat orang lain pun bencikan seseorang selebriti itu walhal mungkin ramai antara mereka (netizen) tidak pernah pun bertemu dengan selebriti yang dimaksudkan,” katanya ketika ditemui pada majlis Blooming Night With Anna Jobling di sini semalam.

Bintang drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui dirinya bimbang jika namanya terheret dalam senarai artis paling baik.

“Saya bimbang jika ada orang melambai tetapi saya tidak berpaling kerana saya seorang yang rabun jika tidak memakai cermin mata. Bimbanglah juga.

“Setakat ini, saya tetap ­melayan peminat tidak kira apa jua kondisi keadaan sama ada saya tengah penat, sedih, mena­ngis atau tiada mood.

“Harus diingat perkara yang negatif lebih senang tersebar daripada kebaikan. Jadi, saya cuba mengekalkan imej yang baik bersama peminat saya. Selebriti lain saya tidak kisah kerana itu bukan masalah saya,” ujarnya.

Selain Anna trend, netizen turut meletakkan Jihan Muse Elfira Loy, Janna Nick dan Elizabeth Tan dalam kategori selebriti paling tidak baik dalam media sosial.

Manakala kategori artis paling baik pula menyenaraikan nama-nama seperti Maya Karin Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Marsha Milan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI