fbpx

Bunga Raya belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara giat menjalani latihan dalam persediaan menghadapi Hong Kong pada 10 Jun ini. - MALAYSIA RUGBY

KUALA LUMPUR – Skuad ragbi 15 sebelah (15s) kebangsaan tidak akan mengibarkan bendera putih sebelum berjuang menjelang aksi kedua Divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia (ARC) menentang Hong Kong pada 10 Jun ini.

Ia bukan satu perlawanan mudah kerana skuad Bunga Raya akan berdepan juara dua kali itu di laman pasukan lawan apatah lagi selepas tewas 3-27 kepada Korea Selatan di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia semalam.

Namun, ketua jurulatih negara, Mohd. Fariz Syazwan Abu Bakar merasakan, anak-anak buahnya mampu menampilkan persembahan lebih baik dan memberikan tentangan sengit kepada Hong Kong dalam perlawanan tersebut.

“Hong Kong adalah pasukan yang mempunyai fizikal lebih baik, namun kita akan cuba menggunakan kelebihan dari segi kepantasan pemain untuk kita sekurang-kurangnya menyaingi lawan.

“Apa saya harapkan kita boleh kurangkan margin dalam perlawanan itu nanti. Saya yakin dengan kebolehan pemain dan perancangan barisan kejurulatihan, kita boleh sekurang-kurangnya bersaing dengan Hong Kong,” katanya.

Dalam masa sama, jurulatih yang mesra disapa Lomu itu tidak akan melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukannya termasuk memanggil pemain dari Fiji untuk menghadapi perlawanan getir tersebut.

MALAYSIA mempertaruhkan kemampuan anak-anak tempatan dan seorang naturalisasi untuk aksi berdepan Hong Kong pada 10 Jun ini. – MALAYSIA RUGBY

Baginya, beliau percaya dengan kudrat pemain-pemain tempatan seperti digunakan ketika menentang Korea Selatan yang menyaksikan hanya seorang naturalisasi disenaraikan iaitu Lee Chapman dari England.

“Kita boleh daftar 26 pemain baharu dalam setiap perlawanan tetapi untuk skuad Bunga Raya tahun ini, kita ada 30 pemain dan kita boleh melakukan penggiliran dalam kalangan mereka.

“Kita boleh bawa masuk pemain baharu tetapi takut mereka tidak bersedia kerana tidak menjalani latihan. Saya juga tak fikir kami akan menyenaraikan pemain Fiji kerana mereka semua terikat dengan komitmen kelab masing-masing.

“Saya percaya dengan bakat-bakat tempatan yang kita ada sekarang ini kerana mereka boleh diketengahkan untuk bersaing di peringkat Asia,” jelasnya.

Farid yang dilantik pada April lalu terpaksa mengharungi aksi menentang Korea Selatan tanpa kehadiran pemain naturalisasi dari Fiji, Etonnia Saukuru dan K. Dineshwaran yang kini bersama Chicago Hounds di Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI