fbpx

Pengarah tawar pramugari jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULEZAD

PETALING JAYA – Pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin meluahkan hasrat untuk menawarkan pekerjaan sebagai pelakon kepada bekas pekerja syarikat pener­bangan yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini.

Hasrat itu disuarakan pengarah drama terkenal Nur menerusi satu hantaran di Instagramnya semalam.

“Untuk bekas kru kabin Malindo Air dan AirAsia, kami memahami situasi anda dan sila mesej profil anda. Mungkin kita boleh buat uji bakat secara online.

“Mungkin anda adalah bakat baharu untuk drama bersiri yang bakal diterbitkan Radius One Production kelak. Marilah lakukan keajaiban,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata, tawaran tersebut tidak hanya terbuka untuk bekas anak kapal yang terjejas sebaliknya dibuka kepada semua.

“Sesiapa yang berminat boleh memohon,” katanya lagi.

Sementara itu, pelakon Azhan Rani turut memuji usaha yang dilakukan oleh pengarah tersebut yang menawarkan peluang kepada kru kabin yang berdepan ujian kerana kehilangan pekerjaan.

“Terkesan dengan hantaran yang aku baca pagi tadi (semalam). Siapa yang tidak luluh hati apabila diuji sebegini (hilang pekerjaan).

“Terima kasih dan tabik kepada Radius One untuk usaha kecil mereka ini,” katanya.

Tambah pelakon filem Kelaster itu, dia mendoakan urusan para bekas petugas di awan biru yang kehilangan pekerjaan akan dipermudahkan.

“Semoga banyak pihak ­ter­­i­n­s­pirasi untuk saling membantu mereka yang dalam kesusahan,” katanya lagi.

Terdahulu, Malindo Air me­ngumumkan notis pemberhentian kerja kepada lebih 2,000 kakitangannya untuk meneruskan operasi pada skala yang lebih kecil.

Tindakan dibuat berikutan impak daripada industri penerbangan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI