fbpx

Kemalangan motosikal punca sesak 13km di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan trafik di Plaza Tol Bentong KM61.7 susulan pertambahan kenderaan.

PETALING JAYA – Aliran trafik perlahan lebih 13 kilometer (km) dilaporkan di Karak berikutan kemalangan motosikal yang berlaku di KM 35.1 arah Timur Gombak ke Genting Sempah.

Selain itu, pertambahan kenderaan sempena cuti Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64, esok, turut menjadi punca kesesakan.

Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kenderaan bergerak perlahan bermula dari KM21.4 hingga KM35.1 susulan lorong kanan dan tengah terhalang akibat kemalangan motosikal terbabit.

Katanya, kelewatan selama satu jam dijangkakan bermula dari Tol Gombak ke Genting Sempah dan kelewatan 30 minit dari Bentong ke Bukit Tinggi.

Menurut laporan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di Twitter rasminya, trafik sesak sejauh 1.2 km bermula dari KM 61.7 hingga KM 60.5 WB (Bentong) manakala kesesakan jalan raya sejauh 9.9 km dari KM 58.2 hingga 48.3 WB (Lentang-Bukit Tinggi).

Seterusnya, kenderaan bergerak perlahan sepanjang 5.2km bermula dari KM24 menghala Plaza Tol Gombak.

Tambahnya, trafik juga dilaporkan sesak sejauh 15.5km dari Plaza Tol Gombak hingga KM 35.3 (Gombak-Genting Sempah). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI