fbpx

Mayat remaja lemas Sungai Terengganu ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Adam Shazwan yang ditemui lemas di dalam Sungai Terengganu berhampiran Kampung Temir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Mayat remaja lelaki berusia 15 tahun yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Dusun di sini pada Jumaat lalu berjaya ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, mayat Muhammad Adam Shazwan Mokhtar ditemui pada pukul 1.05 tengah hari.

“Mayat mangsa ditemui terapung di permukaan sungai berhampiran Kampung Temir di sini. Mayat tersebut ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi remaja itu dihanyutkan arus deras,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, orang awam yang menemui mayat Muhammad Adam Shazwan telah melaporkannya kepada pasukan mencari dan menyelamat.

Kosmo! hari ini melaporkan Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, dikhuatiri lemas ketika mandi bersama seorang rakannya di lokasi kejadian.

Mangsa dikatakan dihanyut arus deras sebelum tengggelam ekoran fenomena air pasang pada pukul 4 petang, Jumaat lalu.

Terdahulu, Muhammad Adam Shazwan dan empat rakannya pergi ke lokasi kejadian untuk mandi dan memukat ikan selepas solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI