fbpx

Hujan lebat landa Johor, Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi negeri Johor dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang dijangka hujan lebat di Johor membabitkan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, bagi Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri)

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) peram yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI