fbpx

Orang Asli lelah diusung naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taran diusung untuk menaiki helikopter Unit Udara JBPM ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut semalam. FOTO IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang warga emas Orang Asli dari Kampung Tapai, Pos Hau di sini dibawa menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut semalam.

Wanita itu, Taran Alig, 70, yang menghidap lelah, demam dan batuk hanya mampu terlantar di rumahnya selepas tidak dapat bangun sejak dua hari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata, warga emas itu diiringi anaknya, Ruzita Alang, 43, menaiki helikopter jenis Agusta Westland 139 (AW139).

“Pesakit terpaksa diusung menggunakan pengusung untuk dibawa menaiki helikopter. Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang pada pukul 10.25 pagi dan sampai di Kampung Tapai, Pos Hau, pada pukul 11.50 pagi.

“Selepas mengambil pesakit, pesawat berlepas dari Pos Hau pada pukul 12.03 tengah hari dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang kira-kira 15 minit kemudian. Pesakit di bawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Akmaluddin, operasi melibatkan lima kru itu diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II, Sharizal Sahari dibantu pembantu juruterbang Penguasa Kanan Bomba II Robert James dan tiga lagi anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI