fbpx

Label kereta bukan ‘supercar’ najis, Opai mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPAI teruk dikecam akibat gurauan kereta bukan 'supercar' adalah najis.

PETALING JAYA – Pempengaruh yang juga suami kepada pelakon popular Fatin Afeefa, Opai tampil memohon maaf secara terbuka selepas mencetuskan kemarahan ramai apabila kerana melabelkan kereta bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.

Menerusi video yang tular, Opai atau nama lengkapnya Aliff Awang bukan sahaja dilihat angkuh melampau menggelarkan kereta bukan ‘supercar’  sebagai najis bahkan menghalau pemilik kereta berkenaan agar tidak berada di sebuah acara pertunjukan baru-baru ini.’

“Berhubung video saya yang sebelum ini viral, saya ingin buat sedikit penjelasan bahawa video berkenaan dibuat sangat spontan ketika itu.

“Sebenarnya kenyataan tersebut saya tujukan kepada kawan-kawan saya yang bawa kereta Mustang dan AMG (Mercedes) yang datang pada hari itu, tetapi tidak dapat menyertai acara,” jelasnya dalam perkongsian berkenaan.

Lelaki yang terkenal dalam dunia trading itu turut menjelaskan kata-kata yang keluar dari  mulutnya bukan bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak sebaliknya sekadar gurauan dengan rakan terdekat yang mempunyai kenderaan mewah, tetapi bukan ‘supercar’.

Justeru, dia memohon maaf atas kelancangannya sehingga tidak disenangi ramai.

“Bukan secara terbuka untuk hentam mana-mana individu mahu pun kumpulan yang membawa kereta tersebut.

“Memang sangat spontan, semua orang juga tengah berseronok ketika itu. Tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Saya mohon maaf,” katanya.

Video berkenaan bukan sahaja membangkitkan kemarahan netizen, malah turut meraih perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim.

Tunku Abdul Rahman dalam kenyataannya di Instagram meminta pemilik kereta jangan bersikap sombong serta memandang rendah kepada orang lain.

“Mereka tidak akan tahu kepayahan dilalui seseorang untuk membeli sesebuah kenderaan dan jangan mudah melabel sesuatu kereta itu supercar atau pun sebaliknya,” tulis Tunku Abdul Rahman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI