fbpx

Liga Super: JDT mampu sumbat dua gol menentang Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Corbin-Ong cuba berebut bola tinggi dengan pertahanan Penang FC, A. Namathevan dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya malam ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

BATU KAWAN – Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk ‘berpesta’ gol menentang Penang FC buat kali kedua berturut-turut tidak kesampaian apabila hanya mampu menyumbat dua gol ketika bertandang ke Stadium Bandaraya malam ini.

Bagaimanapun, kemenangan 2-0 itu membolehkan skuad Harimau Selatan kekal melebarkan rekod cemerlang mereka iaitu 13 kemenangan daripada 13 perlawanan liga setakat ini.

Beraksi dalam keadaan padang yang agak becak akibat hujan sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat bermula dengan baik namun, begitu berhati-hati di hadapan lebih 6,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Meskipun kerap diasak lawan, skuad Harimau Kumbang masih mampu memberi saingan apabila hampir dua kali memecah kebuntuan jaringan iaitu pada minit-minit terakhir separuh masa pertama yang bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.

Pelawat bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tonggak pertahanan kebangsaan, La’vere Corbin-Ong pada minit ke-18 hasil satu rembatan deras luar kotak penalti.

Penjaring terbanyak liga setakat ini, Fernando Forestieri kemudian menambah derita tuan rumah menerusi jaringan kedua pada minit ke-85 sekaligus menyaksikan menyaksikan hasrat Penang FC untuk menebus kekecewaan akibat disingkirkan lawan yang sama 0-5 dalam saingan suku akhir Piala FA tempoh hari tidak kesampaian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI