fbpx

Klopp sedih Firmino tinggalkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP mengakui beliau akan merindui Firmino sebagai individu apatah lagi seorang pemain berkaliber selepas bintang antarabangsa Brazil itu meninggalkan The Reds musim depan. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tanpa berselindung menyatakan rasa sedih untuk melihat penyerang, Roberto Firmino meninggalkan Anfield sebaik kontraknya tamat bulan ini.

Pemain Brazil itu sebelum ini sudah mengesahkan dia akan keluar dari Liverpool sebaik sahaja kontraknya tamat dan sedia berbincang dengan mana-mana pasukan untuk perpindahan secara percuma.

Klopp berkata, pemain berusia 31 tahun itu merupakan tulang belakang pasukan kerana memiliki pengaruh cukup besar meskipun dia tidak banyak diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini.

“Dia (Firmino) merupakan pemain yang sentiasa menjadi teras buat pasukan sepanjang saya berada di sini. Walaupun tidak banyak bermain akhir-akhir ini, namun dia antara pemain yang memiliki minit permainan terbanyak sejak menyertai Liverpool.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah keadaan kami tanpa kelibatnya dalam pasukan selepas ini. Sudah tentu saya akan rindukan dia bukan sahaja sebagai pemain, malah mungkin sebagai anak,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali dari Jerman itu menegaskan, mereka tetap profesional dan menganggap perpisahan tersebut sebagai lumrah dalam dunia bola sepak selain perlu pandang ke hadapan.

Meskipun dianggap sebagai pemain veteran, namun khidmat Firmino masih ditagih pasukan-pasukan gergasi Eropah apabila dia dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan juara 14 kali Eropah, Real Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI