fbpx

Artis jelita Indonesia mengaku berbogel dalam filem hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ita Rahma mengaku berbogel dalam filem hantu Spirit Doll arahan Azhar Konoi. - Foto Instagram

JAKARTA –  Aktres jelita Indonesia, Ita Rahma mengaku dia berbogel dalam filem Spirit Doll arahan Azhar Konoi, lapor portal berita Sumedang hari ini.

Dalam filem yang turut dibintangi  Anya Geraldine dan Samuel Rizal itu, dia perlu melakukan adegan ranjang tanpa memakai baju yang memperlihatkan punggungnya.

“Benar-benar telanjang. Ini pengalaman adegan ranjang pertama dan paling mencabar sepanjang kerjaya saya dalam  dunia hiburan,” kata  Ita Rahma seperti dilaporkan portal berita matamata.com.

Menyentuh tentang perasaannya ketika melakonkan babak itu Ita berkata: “Saya agak ragu-ragu. Saya menerima tawaran ini kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza dari segi watak dan peranan. 

“Ketika melakonkan adegan itu, kru yang terlibat dihadkan. Hanya segelintir demi menjaga privasi,” tambahnya.

Namun,  kata Ita, ibu bapanya memberikan kebenaran untuknya melakonkan babak ‘panas’ itu. 

“Mereka tahu itu sebahagian daripada  pekerjaan saya. Mereka percaya kepada saya,” ujarnya lagi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI