fbpx

Rice makin hampir terima tawaran Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE berminat untuk berhijrah ke Arsenal, namun Tuchel memainkan peranan memujuk bintang England itu untuk menyertai gergasi Jerman musim depan.

LONDON – Pemain tengah West Ham, Declan Rice dilaporkan hampir pasti bersetuju untuk menerima tawaran yang bakal dikemukakan kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich apabila jendela perpindahan dibuka secara rasmi bulan depan.

Difahamkan, Rice sebelum ini enggan keluar dari ‘zon selesa’ dan lebih berminat untuk kekal dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menjadikan kelab Arsenal sebagai keutamaannya musim depan.

Namun, Rice membuat ‘pusingan U’ dan percaya masa depan kariernya akan lebih menyerlah sekiranya mewakili skuad The Bavarians itu pada masa akan datang terutama di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Malah, Tuchel telah membuat tawaran awal secara lisan apabila menghubungi Rice baru-baru ini dengan memberi jaminan posisi dalam kesebelasan utama kelab itu nanti.

Pihak pengurusan Bayern juga sudah memberikan lampu hijau untuk menawarkan nilai maksimum sebanyak £85 juta (RM484.5 juta) kepada The Hammers nanti.

Rice yang masih memiliki kontrak sehingga penghujung musim 2024 turut menarik minat beberapa kelab utama EPL yang lain seperti Manchester United dan Chelsea sebelum ini.

Cuma, Arsenal dilihat lebih serius untuk mendapatkan pemain tengah itu tetapi masih ragu untuk mengeluarkan dana selepas West Ham meletakkan tanda harga £100 juta (RM570 juta) sebelum ini.

Buat masa ini, pemain berusia 24 tahun itu masih mahu memberikan tumpuan bersama West Ham yang bakal mengharungi aksi final Liga Konferensi Eropah menentang Fiorentina pada awal pagi Khamis depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI