fbpx

25 tahun damba zuriat, wanita jadi ibu pada usia 53 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helen melahirkan seorang anak perempuan pada September tahun lalu ketika berusia 53 tahun. - Foto Daily Record/Media Scotland

GLASGOW, Scotland –  Seorang wanita di Scotland, Helen Dalglish akhirnya bergelar ibu pada usia 53 tahun selepas 25 tahun cuba untuk mendapatkan cahaya mata, lapor portal berita Daily Star semalam.

Dia  menggunakan kaedah persenyawaan in vitro sebanyak 21 kali  yang menelan kos sekitar AS$124,500 (RM569,898)  tetapi gagal untuk mengandung. Helen akhirnya hamil dengan anak perempuannya, Daisy Grace. 

Wanita itu mula mencuba untuk mendapatkan bayi ketika berusia dalam lingkungan 20-an. Helen mengaku dia mula hilang harapan selepas menghabiskan masa bertahun-tahun untuk hamil.

“Apabila anda mendapat keajaiban kecil ini, anda lupa tentang penat jerih selama 25 tahun.

“Saya melihat ke bawah, dan benjolan itu (perutnya ketika hamil) semakin membesar dan saya berfikir, adakah saya bermimpi,” katanya kepada akhbar Daily Record.

Helen juga pernah  tiga kali keguguran sehinggakan dia pasrah tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang ibu.

Namun, semua itu berubah apabila dia melahirkan Grace pada September 2022. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI