fbpx

Pasar awam, balai bomba lebih 50 tahun bakal dinaik taraf, bina semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (kanan) melihat info grafik mengenai Cadangan Menaik Taraf Pasar Awam Ayer Tawar di Manjung hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

LUMUT – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi keutamaan kepada pasar awam dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang berusia lebih 50 tahun, untuk proses dinaik taraf atau dibina semula.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ia sebagai usaha memastikan premis tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Di negara ini, ada 69 BBP berusia lebih 50 tahun dan menjadi keutamaan untuk projek menaik taraf atau membina semula premis tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di sekitar Ayer Tawar, dekat sini hari ini.

Beliau mengadakan sesi lawatan ke Pasar Awam Ayer Tawar, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ayer Tawar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ayer Tawar, Kampung Baru Ayer Tawar (Taman Disneyland), Gereja Cina Methodist Ayer Tawar dan Gereja Wesley Methodist Sitiawan.

Menurutnya, antara pasar awam lebih 50 tahun yang sudah diberi peruntukan bina semula ialah Pasar Awam Taiping dan Pasar Awam Pasir Pinji, manakala hari ini beliau mengumumkan peruntukan RM3.5 juta bagi membina semula Pasar Awam Ayer Tawar.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan secara keseluruhan KPKT dijangka meluluskan peruntukan RM320 juta untuk projek melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga akhir tahun ini.

Sehingga kini, jelasnya, sebanyak 100 projek untuk PBT sudah diluluskan selepas beliau melakukan lawatan kerja ke beberapa negeri sejak dilantik mengemudi KPKT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI