fbpx

Reman penolong akauntan Kesedar kes pecah amanah disambung 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Tahanan reman seorang penolong akauntan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah membabitkan kerugian kira-kira RM24.8 juta disambung selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, tempoh tahanan reman suspek selama tujuh hari bermula 27 Mei lalu berakhir semalam.

Katanya, sehubungan itu, reman terhadap suspek disambung selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang penolong akauntan Kesedar ditahan selepas dipercayai pecah amanah berjumlah RM24.8 juta sejak lapan tahun lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pukul 12.21 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang susulan laporan polis diterima berkait salah laku oleh kakitangan Kesedar.

Tangkapan itu dibuat susulan kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan Kesedar melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan dari Disember 2016 hingga Mei 2023. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI