fbpx

10 negeri meriahkan Pesta Laksa Kuale

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, berkenan melawat jualan laksa kuala ketika berangkat tiba di program Pesta laksa Kuala Kangsar. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

KUALA KANGSAR – Sembilan negeri lain selain Perak memeriahkan Pesta Laksa Kuale yang berlangsung selama dua hari sehingga hari ini yang menampilkan juadah laksa dari negeri masing-masing.

Pengerusi Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, program yang dijangka menarik kira-kira 10,000 pengunjung itu menampilkan hidangan berasaskan laksa dari sembilan negeri lain selain Perak.

“Pesta Laksa Kuale ini bakal menjadi acara tahunan kerana ia mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri terutama Tahun Melawat Perak 2024.

“Ini merupakan langkah-langkah permulaan kita dalam memajukan industri pelancongan negeri terutamanya di daerah Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pesta Laksa Kuale yang disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah di Arena Kuala Kangsar di sini semalam.

Sementara itu, bagi peniaga laksa Sarawak, Jamaiyah Sulaiman, 55, Pesta Laksa Kuale ini dapat menjadi satu platform bagi peniaga memperkenalkan juadah laksa dari negerinya.

“Resepi laksa yang kami bawa terbang dari Sarawak ini merupakan resepi turun temurun dan tidak sangka mendapat sambutan amat menggalakkan dari penggemar laksa di daerah ini,” katanya.

Seorang pengunjung, Nazira Hasanah Nasaruddin, 25, berkata, bagi penggemar laksa sepertinya, dalam pesta kali ini dia dapat mencuba pelbagai juadah laksa dari negeri lain yang jarang ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI