fbpx

Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Adam Shazwan di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Dusun, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Dusun, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, dipercayai dihanyutkan arus deras ketika sedang berenang menyeberangi sungai tersebut bersama seorang rakan.

Menurutnya rakannya, Putra Azim Fahmi Azmi, 16, dia bersama mangsa dan tiga lagi rakan lain di kawasan sungai tersebut untuk beriadah pada pukul 2 petang.

“Saya dan Adam berenang ke seberang sungai pada pukul 3.30 petang dan kira-kira setengah jam kemudian kami ingin kembali semula ke arah tebing.

“Begitupun, paras air sungai tiba-tiba meningkat selain arus menjadi deras menyebabkan Adam hanyut secara tiba-tiba. Saya tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku begitu cepat,” katanya ketika ditemui tempat kejadian di sini hari ini.

Putra Azim Fahmi berkata, Muhammad Adam Shazwan sempat menjerit meminta tolong sebelum tenggelam tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, pihak bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian lemas itu pada pukul 4.08 petang.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa kini sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI