fbpx

Gandingan Sze Fei, Izzuddin manfaat peluang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI-IZZUDIN mencapai kata sepakat untuk melupakan cerita lama bagi mengejar matlamat melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.

TIDAK sampai enam bulan berpisah, beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani mengambil keputusan kembali bergandingan bagi mengejar matlamat layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan.

Kedua-dua pemain itu mencapai kata sepakat untuk melupakan cerita lama selepas pertemuan dan perbincangan bersama jurulatih minggu lalu selain memiliki matlamat sama.

Sze Fei melaungkan keyakinan mereka akan kembali pada prestasi terbaik kerana sudah belajar sesuatu daripada peristiwa sebelum ini, sekali gus mematangkan diri masing-masing.

“Selepas kembali bersama, saya rasa semua baik dan kami boleh sama-sama sasarkan ke Olimpik. Saya yakin kami akan bangkit lebih baik kerana ke­serasian itu tetap ada sebab sudah lama bergandingan.

“Memang saya hargai apa yang Izzuddin dan BAM (Persa­tuan Badminton Malaysia) buat. Kami akan buat yang terbaik bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing selepas diberi peluang oleh BAM,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan kedua-dua pemain itu mengambil keputusan untuk kembali bersama selain meluahkan kekesalan atas apa yang berlaku sebelum ini.

Selepas berpisah Januari lalu, Izzuddin mengambil keputusan membentuk gandingan bersama Muhammad Haikal Nazri manakala Sze Fei digan­dingkan dengan Choong Hon Jian.

Sementara itu, Sze Fei turut memohon maaf kepada Hong Jian memandangkan keputusan yang dilakukan untuk kembali bersama Izzuddin menyebabkan pemain berusia 23 tahun itu sedikit kecewa.

“Saya rasa sekarang perlu minta maaf kepada Hong Jian dan terima kasih kerana bagi peluang belajar sesuatu daripada dia. Kami memang ada bincang dan dia kecewa, jadi saya benar-benar minta maaf,” ujarnya.

Sze Fei-Izzuddin kini menghuni ranking ke-32 dunia, jadi bukan tugas mudah untuk mereka mendapatkan slot ke Sukan Olimpik kerana perlu bersaing dengan tiga lagi calon termasuk Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Berdasarkan peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), setiap negara boleh menghantar dua wakil dalam setiap acara beregu sekiranya mereka menghuni ranking lapan teratas, manakala satu wakil sahaja jika berada di tangga ke­sembilan dan ke bawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI