fbpx

Pasangan bunuh ibu strok tidak bercampur dengan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK dikawal ketat polis pengiring di Kompleks Mahkamah Kangar semalam.

ARAU – Wanita suspek kes bunuh ibu dan suaminya disifatkan sebagai seorang pendiam dan tidak banyak bercampur dengan penduduk sekitar taman perumahan yang didiami mereka.

Menurut seorang penduduk berdekatan rumah mangsa dikenali sebagai Raziah, 50-an berkata, kedua suspek tinggal bersama seorang warga emas bersama tiga anak perempuan mereka.

“Si suami dikatakan sedang menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi di Arau manakala isterinya hanya bekerja sebagai suri rumah dan menjaga ibu  serta tiga anak perempuannya.

“Saya hanya tahu ibu mertua suspek lelaki kurang sihat dan sakit terlantar. Dia (suspek lelaki) pula hanya sekali sekala menegur jirannya jika terserempak ketika berada di luar rumah dan banyak menghabiskan masa di kediamannya.

Kata Raziah, isterinya (suspek wanita) pula sangat pendiam  dan tidak pernah bertegur sapa dengan kami yang tinggal di sekeliling kawasan rumahnya,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih di sini.

Mangsa yang berusia 74 tahun merupakan seorang mualaf berasal dari Paka, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 5.30 pagi menerusi pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang memaklumkan terdapat pesakit meninggal dunia disyaki dipukul.

Katanya, warga emas itu pada mulanya telah dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan pada pukul 4.10 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun pasukan perubatan telah memberi rawatan awal.

“Pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan pada bahagian luaran badan mangsa mendapati kesan lebam di kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.

“Hasil siasatan awal mendapati anak perempuan mangsa berusia 34 tahun turut mengaku ada memukul warga emas berkenaan dengan menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala kelmarin,” katanya.

Menurut Ahmad Mohsin, menantu mangsa juga disyaki terlibat dalam kejadian itu berdasarkan kepada keterangan yang meragukan.

Tinjauan Kosmo! lokasi kejadian di Lorong 4 taman perumahan itu mendapati rumah teres satu tingkat itu tidak berpenghuni manakala ketiga-tiga anak perempuan pasangan suami isteri itu difahamkan di bawah jagaan sementara pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada waris keluarga itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI