fbpx

Warga Bangladesh antara empat ditahan kutip parkir haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu yang ditahan dalam Operasi Tindakan Terhadap Penjaga Parkir Tanpa Kebenaran sekitar ibu negara, malam semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang warga Bangladesh antara empat lelaki ditahan dalam Operasi Tindakan Terhadap Penjaga Parkir Tanpa Kebenaran sekitar Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Chan Sow Lin, di sini, malam semalam.

Operasi yang bermula pukul 8.30 malam hingga pukul 12 malam berkenaan membabitkan sepasukan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan hasil risikan dan aduan orang ramai.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, aktiviti tersebut berlaku di kawasan awam melibatkan bahu jalan, siar kaki, kawasan lapang atau mana-mana petak letak kereta awam sedia ada pada waktu siang dan malam.

“Bertindak atas hasil risikan, seramai empat lelaki telah ditahan melibatkan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh.

“Individu yang ditahan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi (pendakwaan mahkamah/surat akur janji).

“Tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 50(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, DBKL memaklumkan, sejumlah 38 orang telah ditahan untuk diambil tindakan sekitar kawasan tumpuan di pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tahun 2022.

“Bagi Januari hingga Mei 2023 pula, sejumlah 46 orang telah ditahan melibatkan tujuh kes pendakwaan di mahkamah dan 39 kes tindakan surat aku janji.

“Justeru itu, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI