fbpx

Terbuka Thailand: Tze Yong, Jun Hao tersekat di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terus kempunan untuk melangkah ke separuh akhir buat kali pertama musim ini selepas tersingkir di pusingan suku akhir pada Terbuka Thailand hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiada lagi kelibat pemain Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas dua perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jung Hao terkandas di pusingan suku akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok hari ini, Tze Yong terpaksa akur dengan semangat juang pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu apabila tewas dalam aksi straight set 19-21, 21-23.

Tewas di set pertama, Tze Yong kemudiannya dilihat berupaya untuk mengheret perlawanan ke aksi penentuan apabila mendahului set kedua 14-5, namun Cheuk Yiu menunjukkan keazaman tinggi dengan melakukan kebangkitan sebelum memastikan kemenangan mutlak.

Untuk rekod, ia merupakan kekalahan keempat Tze Yong di pentas suku akhir musim ini apabila turut terkandas di pusingan sama pada kejohanan Thailand Masters, Seluruh England (All England) dan Terbuka Switzerland.

Sementara itu, Jun Hao pula dipaksa bekerja keras sebelum tewas menerusi aksi straight set 19-21, 11-21 kepada pemain No.23 dunia dari India, Lakshya Sen dalam perlawanan yang memakan masa 41 minit.

Bekas juara remaja Asia itu pada awalnya dilihat berpeluang untuk menewaskan Sen apabila menampilkan aksi cukup meyakinkan di set pertama, namun faktor pengalaman nyata menjadi kelebihan buat pemain India itu.

Selepas ini, Tze Yong memiliki masa beberapa hari untuk melakukan persiapan menjelang kejohanan Terbuka Singapura yang akan berlangsung di OCBC Arena bermula 6 hingga 11 Jun manakala Jun Hao bakal menyertai Terbuka Taiwan kira-kira tiga minggu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI