fbpx

Maut ketika cari rezeki buat isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Aminah (kanan) dan Che Nah menunjukkan gambar Abdullah ketika ditemui di Kampung Jelekang, Bertam Lama, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Kehidupan dua beranak bertukar 360 darjah selepas kematian ketua keluarga akibat terjatuh dari pokok ­tualang setinggi lebih 30 meter ketika mencari madu lebah di kawasan hutan Kampung Meranto di sini, Selasa lalu.

Siti Aminah Awang Mat, 33, tidak menyangka pemergian suaminya, Abdullah Che Nah, 35, untuk mencari madu lebah tualang bagi menampung perbelanjaan keluarganya berakhir dengan tragedi menyayat hati.

“Arwah suami saya berkelakuan seperti biasa sebelum kejadian. Dia keluar selepas menunaikan solat maghrib untuk mencari madu lebah dan berjanji akan pulang esok pagi.

“Saya bersama anak perem­puan, Nur Zahra Humaira berusia lapan tahun sudah biasa menanti kepulangan arwah. Kebiasaan­nya, suaminya akan pulang kira-kira pukul 9 atau 10 pagi,” kata­nya di sini semalam.

Siti Aminah memberitahu, dia merupakan suri rumah sepenuh masa dan sudah mendirikan rumah tangga dengan arwah sejak 14 tahun lalu.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa suaminya itu selepas dimaklumkan oleh adik ipar kira-kira pukul 2 pagi.

“Saya tidak percaya kejadian itu menimpa suami sehinggalah saya melihat sendiri jenazahnya di Hospital Gua Musang. Saya reda dengan kejadian ini dan menganggap ini adalah ujian saya bersama anak tunggal,” katanya.

Sementara itu, bapa arwah, Che Nah Wachae, 65, berkata, dia tidak menyangka anak ketiga daripada sembilan adik-beradik itu menemui ajal ketika mencari madu tualang kerana Abdullah mempunyai kepakaran mencari madu sejak berusia 15 tahun.

“Arwah mahir memanjat pokok tualang hampir 20 tahun dan hasil jualan madu tersebut merupakan antara punca rezekinya untuk menyara keluarga.

“Dia sangat rajin bekerja mencari rezeki buat keluarga. Abdullah turut melakukan kerja kampung terutamanya mengambil upah memanjat pokok kelapa,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan bantuan boleh meng­hubungi Siti Aminah di talian 013-319 5571 atau melalui akaun Bank Rakyat miliknya, 22-108-617855-0.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh pada ke­tinggian lebih 30 meter dari sebatang pokok tualang di dalam hutan Kampung Meranto di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI