fbpx

Ahli Parlimen BN akan beri sokongan kepada Bajet 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan Nasional

PETALING JAYA – 43 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada Bajet 2021 yaang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu yang dicapai sebulat suara pada mesyuarat semalam turut membabitkan sokongan kepada semua Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan.

“Ahli-Ahli Parlimen BN juga bersetuju supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, katanya, mereka juga berharap kerajaan meluluskan pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI