fbpx

Motosikal pihak berkuasa kena ‘clamp’ letak di tempat OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengawal keselamatan membuka 'clamp' pada tayar motosikal pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Sebuah motosikal pihak berkuasa dikenakan tindakan kapit (clamp) selepas didakwa diletakkan di kawasan tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU).

Video dan gambar kejadian itu tular di media sosial Twitter serta kelihatan seorang pengawal keselamatan datang ke situ membuka alat kapit berkenaan.

Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan pengguna, mereka mendakwa lokasi tersebut di Flora Damansara, namun tidak dapat dipastikan waktu kejadian itu.

Selain itu, ada pengguna turut mengkritik perbuatan meletakkan kenderaan di tempat OKU sekali gus meminta mereka menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

“Malunya pihak berkuasa sendiri tak tunjuk contoh yang baik. Puas hati aku tengok motosikal dia kena ‘clamp’,” kata seorang pengguna.

“Harap anggota tersebut diambil tindakan,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

“Kepimpinan melalui teladan,” ujar pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI