PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat buah negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di seluruh negeri Perak, Selangor, Johor dan Sarawak sehingga pukul 4 petang nanti.
Empat buah negeri termasuk Perak dijangka berlaku di daerah Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang manakala di Johor melibatkan daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Kawasan dijangka berlaku di Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
“Bagi tinjauan cuaca di Sarawak, hujan lebat serta ribut petir dilihat berpotensi berlaku di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir ata dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE