fbpx

Remaja 13 tahun memandu kereta tanpa lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan selepas videonya memandu sejauh kira-kira empat kilometer tanpa lesen di Jalan Rozhan, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini tular dalam aplikasi WhatsApp semalam.

Difahamkan, remaja terbabit dalam perjalanan berjumpa rakannya di sebuah taman perumahan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, dua individu iaitu ibunya yang berusia lewat 40-an dan rakan suspek turut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihaknya terkesan video berdurasi 32 saat memaparkan suspek yang memandu bersama rakan sekolahnya telah ditahan orang awam.

“Susulan penularan video terbabit, polis berjaya menahan suspek bersama ibunya di hadapan flat Taman Machang Bubok pada hari sama.

“Rakannya berusia 13 tahun yang juga penumpang kenderaan ketika kejadian turut ditahan dan kita masih mengesan rakan-rakan suspek yang lain.

“Kita turut menyita kenderaan milik ibu suspek yang digunakan dalam kejadian terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 26(1) dan Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ibu suspek juga disaman mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

“Kita berharap ibu bapa dan masyarakat akan lebih prihatin dalam memantau anak-anak.

“Jangan benarkan mereka memandu atau menunggang tanpa lesen kerana ia membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI