fbpx

PKPD PPR Taman Harmoni tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan akan ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas ujian saringan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan di kawasan tersebut.

“Berdasarkan keputusan itu, sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di PPR Taman Harmoni pada 5 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

“Bagaimanapun, PPR Taman Harmoni ini masih tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi seluruh negeri Sabah,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live di sini tadi.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di PPR Taman Harmoni, Sandakan bermula 23 Oktober 2020 sehingga 5 November 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI