fbpx

PM mahu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Sarawak selesai secara ‘fast track’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri pada Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

KOTA KINABALU – Kerajaan meletakkan sasaran projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah laluan pantas atau ‘fast track’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan Pan Borneo dsudah berjalan terlalu lama dan perlu diselesaikan secepatnya untuk kebaikan rakyat kedua-dua negeri.

“Pan Borneo kita dengar dah 12-13 tahun, tiap-tiap tahun kita dengar Pan Borneo, Pan pun tidak ada Borneo pun tak nampak. Oleh itu, saya tugaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk ambil sikap dan tindakan segera fast track.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dan dimulakan tahun ini untuk projek ini selesai. Ini cara baharu kerajaan, tiada ketirisan, tiada penipuan, tiada tindakan sakau-menyakau,” katanya sempena Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin sehingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI