fbpx

70 penduduk Kuala Balah, Jeli jalani ujian saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seramai 70 individu di Mukim Kuala Balah di Jeli telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, ujian itu dilakukan selepas terdapat dua kes positif Covid-19 berkaitan kontak rapat yang berlaku dalam sebuah keluarga di kawasan tersebut kelmarin.

“Kita telah mengenal pasti kontak rapat dan pergerakan ahli keluarga itu. Kesemua mereka sudah menjalankan ujian saringan Covid-19.

“Justeru, saya berharap mereka yang datang ke Kelantan dari zon merah lebih berhati-hati agar tidak menyumbang kepada penularan wabak di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis kesyukuran sempena empat orang jururawat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dihantar untuk bertugas ke Labuan, Sabah di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Kelantan mencatatkan dua kes baharu kelmarin di Mukim Kuala Balah, Jeli yang menjadikan sebanyak sembilan kes dilaporkan dengan satu kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Kelantan dilaporkan sebanyak 182 kes setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI