fbpx

Gudang simpan bahan kimia terbakar, dua lelaki melecur separuh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang melecur separuh badan selepas terlibat dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki melecur 50 peratus pada anggota badan selepas terlibat dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia di Taman Teknologi Malaysia, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kebakaran banggunan tersebut pada pukul 4.45 petang tadi.

Kata kenyataan itu, seramai 14 anggota serta sepasukan anggota Hazmat dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan tempat penyimpanan bahan kimia dan operasi pemadaman dilakukan menggunakan teknik attacking and defensive bagi mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kebakaran tersebut turut melibatkan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20 dan 25 tahun yang melecur pada tubuh badan sebanyak 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital oleh pihak ambulan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Tambah kenyataan itu, keluasan kebakaran sebesar 800 kaki persegi itu turut melibatkan kemusnahan kebakaran sebanyak 70 peratus.

“Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.17 petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Setakat ini keadaan bahan kimia sudah dineutralkan pihak bomba, keadaan juga terkawal,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI