fbpx

KDN ambil maklum laporan keberadaan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika mengadakan lawatan ke kaunter khas jemaah haji di kaunter imigresen Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum perkembangan terkini ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan mengesahkan laporan yang mendakwa keberadaan Jho Low ketika ini.

“Perkara itu dalam pemakluman kami (KDN). Itu memadai untuk apa-apa urusan akan datang, namun (pengesahan keberadaan Jho Low) itu bukan keluar dari mulut saya.

“Apa pun kita akan mengikut langkah sewajarnya, buat masa sekarang kekal begitu. Kita juga tidak bercadang untuk ulas lanjut perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pengarang bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope mendakwa Jho Low dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI