fbpx

Sedih, remaja sindrom Down tiada duit beli makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang remaja sindrom down tidak mempunyai wang untuk membeli makanan

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi detik pilu ketika dia sedang beratur untuk membeli makanan di salah sebuah restoran makanan segera terkenal.

Menerusi klip video Cikgu Naz Art di akaun TikTok, seorang remaja lelaki sindrom Down dilihat sedang beratur bersama pelanggan lain sambil memegang botol air.

“Tadi nampak seorang remaja sindrom Down ni. Ingatkan datang dengan ‘parent’ rupanya sendirian.

“Masa saya nak ‘order’ dia pun ikut. Masa nak ambil makanan pun dia ikut juga sampai saya duduk dekat meja pun dia ikut,” katanya pada ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia bertanya kepada remaja berkenaan sama ada dia mahu makan sebelum mendapati remaja tersebut tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

“Saya tanya nak makan ke? Dia bagi isyarat tangan macam beritahu takde duit. Tak sampai hati tengoknya, saya pesankan set snack plate untuk dia.

“Alhamdulillah dapat buat satu kebaikan hari ini,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan reaksi positif.

“Percayalah, kita tak akan miskin kalau bersedekah sebab itu janji Allah,” kata Ikon Ahjumma.

“Tentang makan ni kita janganlah berkira. Kalau nampak mereka yang macam nak makan itu kita sama-samalah berkongsi rezeki,” ujar Azizul Bara Rindu.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 200,000 tontonan dan 13,700 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI