fbpx

Hotel penuh, bercuti sambil makan durian di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSIM durian Balik Pulau antara tarikan utama pelancong datang ke Pulau Pinang. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Tempahan hotel di Pulau Pinang melonjak sehingga 90 peratus sempena Cuti Penggal Satu Persekolahan 2023/2024 dan musim pertama durian Balik Pulau tahun ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Tony Goh berkata, kebanyakan hotel di negeri ini terutama di pusat bandar sudah menerima tempahan yang menggalakkan daripada pengunjung domestik dan luar negara.

Menurutnya, berlaku pertambahan jumlah tempahan hotel bertaraf empat bintang dan bajet mulai semalam dan dijangka penuh sehingga hujung minggu ini.

“Kira-kira 90 peratus tempahan telah dibuat di hotel berdekatan pantai, manakala 70 hingga 80 peratus membabitkan tempahan hotel di pusat bandar George Town setakat hari ini (semalam).

“Musim durian yang bermula sejak awal Mei lalu membuatkan tempahan bilik hotel di negeri ini laris.

“Kebanyakan pengunjung hanya menunggu tibanya musim durian Balik Pulau dan disambut pula dengan cuti
persekolahan. Memang ramai akan mengambil peluang berkunjung dan menginap di hotel kali ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihak hotel juga kini mula mempromosikan pakej dan bufet menikmati raja buah itu mulai 1 Jun ini.

“Pelbagai pakej durian menarik turut ditawarkan termasuk menikmatinya dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan kadar bayaran minimum di hotel termasuk pembelian secara pakej.

“Saya juga menjangkakan harga durian Balik Pulau tahun ini juga stabil dan sama seperti tahun lalu.

“Para penggemar raja buah itu yang juga pengunjung hotel berpeluang menikmati durian ­keluaran
negeri ini pada harga berbaloi,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Izhan Ahmad, 43, berkata, dia mengambil kesempatan dengan bercuti bersama keluarga selama empat hari di pusat bandar ini sejak semalam.

Katanya, tujuan utama dia berkunjung ke Pulau Mutiara adalah semata-mata mahu menikmati durian di dusun Balik Pulau.

“Kami sanggup melabur wang gaji dengan memilih penginapan hotel di Tanjung Bungah dan menikmati durian premium se­perti musang king dan duri hitam.

“Ini antara percutian tahunan kami di Pulau Pinang setiap kali tibanya musim durian, namun kali ini, kami memilih datang ke sini pada hari bekerja ketika cuti persekolahan.

“Tak perlu lagi nak bergelut menempuh kesesakan di jalan-jalan utama dan di lebuh raya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI