fbpx

Majikan di kawasan PKPB perlu patuh arahan kerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Semua majikan di bawah sektor Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan perkhidmatan awam diingatkan supaya patuh kepada arahan bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati ada pelanggaran prosedur operasi  standard (SOP) PKPB di kawasan terlibat iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Labuan dan Sabah.

“Saya harap majikan yang berkaitan perlu patuh kepada setiap arahan yang dikeluarkan. Jika daripada sektor kerajaan saya harap patuh kepada panduan yang telahpun dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Jika masih ada yang ingkar, saya akan bangkitkan kepada pihak KPPA. Begitu juga jika ada pelanggaran SOP melibatkan MITI.

“Mengenai kesalahan mengadakan mesyuarat di pejabat-pejabat dalam kawasan PKPB, jika ada pelanggaran SOP, perkara ini boleh diambil tindakan. Setiap kesalahan yang berlaku, ingkar SOP, memang boleh dikenakan tindakan,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI