fbpx

PKPB Mukim 12 bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan itu.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di kawasan itu akan berkuat kuasa pada 6 November sehingga 19 November depan.

“Sehingga 3 November 2020, sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu telah direkodkan di mukim berkenaan.

“Selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes Covid-19, sidang khas Majlis Keselamatan Negara bersetuju untuk melaksanakan PKPB tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live di sini tadi.

Katanya, PKPB itu bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di kawasan itu.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPB itu adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini di tempat lain,” ujarnya.

Mukim 12 di Barat Daya Pulau Pinang melibatkan kawasan Bayan Baru, Sungai Ara, Batu Maung, Desa Ria, FTZ3 dan FTZ4. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI