fbpx

Bot tunda langgar syarat lesen, menggajikan PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot tunda yang ditahan APMM di Sungai Belukang, Lumut, Perak semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B di kedudukan 6.8 batu nautika barat laut muara Sungai Belukang di sini sekitar pukul 12 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, tangkapan itu dibuat oleh pasukan bot peronda dalam rondaan rutin Op Pintas, Op Sayong dan Op Tiris di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu disyaki melakukan aktiviti perikanan pukat tunda kurang dari 8 batu nautika dari muara Sungai Belukang.

“Setelah dirapati untuk diperiksa, pasukan operasi mendapati terdapat dua kru di atas bot iaitu seorang warga tempatan merangkap tekong berusia 59 tahun manakala seorang lagi warga Indonesia, 23, namun setelah diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri, dia gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan bersama bot serta hasil perikanan yang dianggarkan 100 kilogram ikan campur, sebelum mereka dibawa ke Jeti Polis Marin, Kampung Acheh di sini untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI