fbpx

Pencarian adik diteruskan walaupun sudah 19 tahun hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul hilang di luar rumah ketika dibawah jagaan bapanya pada 19 Jun 2004.

PETALING JAYA – Meskipun sudah 19 tahun berlalu, namun ahli keluarga seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak tahun 2004 tidak perrnah berputus asa untuk mengesannya.

Ciapan di Twitter oleh AmeeraSyafeeqa tentang hal berkenaan mencuri perhatian orang ramai sejak petang semalam sehingga mendapat tontonan lebih 165,000 serta 1,337 sukaan.

“Siapa kenal budak ini? Adik saya umur tiga tahun hilang pada tahun 2004. Mungkin muka sekarang dah lain,” ciapnya di Twitter semalam.

Menerusi hantaran sama, dia memuat naik dua keratan akhbar berita kehilangan adiknya, Amirul Azam yang berusia tiga tahun pada Jun 2004.

Berdasarkan laporan akhbar bertajuk “Anak hilang dalam jagaan bekas suami” tersebut, kanak-kanak itu hilang di luar rumah ketika berada di bawah jagaan bapanya.

Rata-rata netizen mendoakan semoga kanak-kanak yang hilang itu ditemui semula oleh ahli keluarganya suatu hari nanti.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI