fbpx

Warga emas direman bantu siasatan kehilangan budak lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang hari ini untuk mendapatkan perintah reman berhubung kes kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun.

SEBERANG PERAI – Polis menahan reman seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang ditemui selamat selepas hilang hampir 24 jam di Taman Perda, Seberang Perai Utara (SPU) Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, suspek berusia 70 tahun itu diberkas polis kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

“Suspek tinggal di kawasan kejiranan dengan mangsa. Reman ke atas suspek akan dijalankan selama tujuh hari mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Butterworth di sini dalam keadaan tangan bergari dan berbaju lokap polis berwarna jingga pada pukul 10.50 pagi tadi.

Suspek dilihat berada dalam keadaan bersahaja ketika kumpulan jurugambar merakam gambarnya sebaik turun dari kenderaan polis.

Ahad lalu, Kosmo! Online melaporkan penemuan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang hampir 24 jam selepas keluar bermain pada petang Jumaat lalu ditemui selamat di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Kriang.

Mangsa dijumpai orang awam kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi kediamannya di Desa Kuala Muda kira-kira pukul 6 petang keesokannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI