fbpx

Buruh tidak mengaku rogol remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Asyraf Majid, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan yang ketika kejadian berusia 18 tahun tanpa kerelaan mangsa kira-kira pukul 10.30 malam di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah di sini pada 5 September 2020.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon agar jaminan tidak dibenarkan, namun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara pihaknya mencadangkan jumlah RM20,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan tertuduh kini menanggung isteri serta seorang anak berusia setahun, selain menghidap darah tinggi dan sawan.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 4 Julai depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI