fbpx

Rundingan kerusi di Selangor 83 peratus selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

AMPANG – Perbincangan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sudah mencapai 83 peratus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan telah berlaku beberapa kali di peringkat persekutuan dan dijangka dapat diputuskan dalam masa terdekat.

“Sebagaimana yang saya sebut, kita akan gabungkan yang baru dan lama. Kita juga sedang berbincang panjang lebar dengan rakan kongsi.

“Perbincangan telah berlaku beberapa kali di peringkat persekutuan dan Selangor telah mencapai 83 peratus selesai,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jualan Ehsan RAHMAH (JER) di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, di sini hari ini.

Amirudin berkata, proses perbincangan itu berjalan dengan baik dan dipercayai dapat diputuskan oleh Majlis Presiden masing-masing ataupun Jawatankuasa Perpaduan menjelang pembubaran.

“Jika ada perubahan, mungkin tidak begitu besar,” tambahnya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PH akan bertanding di Kota Kemuning memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning, V Ganabatirau menyatakan tidak akan mempertahankan kerusi itu, Amirudin berkata, PH masih mengikut perjanjian bahawa semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI