PETALING JAYA – “Lauk terakhir emak masak.”
Hanya dengan kapsyen ringkas pada video seorang pengguna di TikTok Boi_AsamBoy itu, ia telah mengundang sebak orang ramai.
Menerusi satu video, dia dan seorang lagi ahli keluarga dilihat sedang menikmati hidangan berlaukkan ikan goreng sambal yang disediakan ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Al-Fatihah untuk mak saya, Norizan Bahari. Lepas ni tak dapat rasa air tangan mak. Rindu tiada penghujung,” tulisnya pada video tersebut.
Dalam masa sama, orang ramai turut berkongsi pengalaman serupa, menikmati hidangan terakhir insan tersayang.
“Aku masih simpan kacang tanah goreng terakhir arwah mak aku dalam peti ais. Dah dua tahun dalam tu. Kalau rindu mesti makan satu je sebab takut habis,” komen ItsssssLynnn
“Lauk terakhir ibu, rendang ayam. Walaupun tinggal kuah je dalam peti dah sebulan tetap sedap,” kata Afn Rose pula.
“Dulu pagi sebelum mama meninggal, mama sempat buat air teh, lepas urus arwah mama, kami minum air teh sambil nangis. Teh terakhir air tangan mama,” ujar seorang lagi pengguna.
Perkongsian itu meraih hampir 200,000 jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE