fbpx

Cuaca panas: 1.6 hektar Hutan Simpan Kuala Langat musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pemadaman di HSKLS

KUALA LANGAT – Cuaca panas dipercayai mengakibatkan 1.6 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS) musnah dalam kebakaran sejak kelmarin.

Operasi pemadaman itu bagaimanapun berjaya diselesaikan semalam melibatkan 58 anggota daripada pelbagai agensi termasuk pihak bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.32 petang, Isnin lalu.

Katanya, seramai 25 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.

“Bantuan pemadaman turut melibatkan 33 anggota termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh sehari iaitu pukul 6.30 petang, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kerja-kerja pembersihan parit masih diteruskan JPNS menggunakan jentera excavator dan mengaktifkan telaga tiub sehingga Khamis.

Tambah Hafisham, pihak bomba akan membuat pemantauan secara berkala di lokasi terbabit.

“Tiada kemalangan jiwa susulan kejadian tersebut dengan punca kebakaran berkemungkinan akibat cuaca panas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI