fbpx

Sempat dukung anak sebelum maut kemalangan ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Rahmah mendukung anaknya yang baharu berusia tiga bulan ketika ditemui di kediaman keluarga di Bandar Sunggala, Port Dickson, hari ini. Foto NOR AINNA HAMZAH

PORT DICKSON – Seorang isteri tidak menyangka gelagat suami bermain dengan bayi perempuan mereka berusia tiga bulan pagi tadi, adalah kenangan terakhir sebelum maut dalam kemalangan ke tempat kerja di Jimah Power Plant, Bukit Pelandok, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Muhammad Haidir Rodzi, 25, yang merupakan abang sulung kepada lima beradik yang kehila­ngan ibu dan bapa yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada pertengahan tahun 2021 lalu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut isteri mangsa, Siti Rahmah Muslim Sidi, 26, lebih memilukan hati apabila esok genap dua tahun kematian arwah bapa mertuanya, Rodzi Tahar di Hospital Tampin (HT) pada 31 Mei 2021, manakala, ibu mertuanya, Nazita Idris, di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban pada 6 Jun 2021.

“Saya dapat panggilan dari kawan arwah yang maklumkan arwah meninggal dalam kemalangan sekitar pukul 8.30 pagi.

“Pagi ini sebelum pergi bekerja, anak kami, Nur Kayla Mikayla, yang kebiasaannya masih tidur terjaga dan suami telah mendukungnya sebentar sebelum pergi ke tempat kerja pada pukul 7.20 pagi.

“Lebih kurang lima minit juga mereka berdua bermain. Biasanya kalau sebelum pergi kerja, anak kami masih tidur dan suami hanya memegang anak sahaja.

Kali ini suami dukung dan kelihatan gembira sekali bermain dengan Mikayla,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Bandar Sunggala, di sini, hari ini.

Ujar Siti Rahmah lagi yang baharu sahaja berkahwin dengan arwah lebih setahun lalu, tetap akan memikirkan menjaga kebajikan empat adik serta nenek seperti biasa.

Siti Rahmah turut memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Sunggala, 5.30 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI