fbpx

Kes buli: Mara panggil pengetua, warden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Semua pihak yang terlibat termasuk pengetua dan warden sebuah institut di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan dipanggil ekoran kejadian kes buli yang berlaku, baru-baru ini.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertemuan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Menurutnya, kejadian buli dalam kalangan pelajar perlu diatasi segera kerana mampu memudaratkan pekembangan minda, fizikal dan psikologi mereka.

“Pagi ini saya menerima kedatangan ibu bapa dan pelajar yang menjadi mangsa buli di salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Buli ini adalah penyakit yang tidak boleh dipandang enteng.

“Saya akan memanggil semua pihak yang terlibat, pengetua, guru kaunseling, warden dan pihak-pihak di peringkat pusat untuk memastikan isu ditangani secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata Asyraf Wajdi, beliau juga sudah tidak percaya dengan cara menyelesaikan secara dalaman dan ingin membuat perubahan terhadap perkara terbabit.

“Maaf, saya tidak boleh terima jika masih menggunakan alasan-alasan tipikal seperti ‘Ohh..ini perkara biasa di asrama’ dan ‘jangan laporkan kepada ibubapa, cukup kepada warden dan kita selesaikan secara dalaman’.

“Kena terima hakikat buli adalah penyakit dan budaya ‘jibam’ atau boikot kepada pelajar yang membuat laporan juga adalah kesalahan yang tidak boleh dibiarkan,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Balik Pulau, Pulau Pinang ditahan polis selepas dipercayai menolak rakan sekelasnya dari tangga asrama, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 14 tahun mengalami kecederaan pada bawah mata dan luka hidung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI