fbpx

KKM dapat kelulusan Setiausaha Parlimen bentang Kertas Putih Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika bercakap pada program taklimat media berhubung kertas putih kesihatan di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat kelulusan Setiausaha Parlimen untuk perbentangan Ketras Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada persidangan yang berlangsung bulan hadapan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata Kertas Putih Kesihatan itu terlebih dahulu akan dibawa kepada Jemaah Menteri serta mendapat kelulusan sebelum ia dibentang pada persidangan Parlimen.

“Kita sedang mendapatkan tarikh sebenar untuk dibentang di Parlimen. Kita memang dah dapat persetujuan daripada Setiausaha Parlimen untuk bentang (Kertas Putih Kesihatan) di sesi Parlimen akan datang pada Jun.

“Apa yang kita bentang ini masih dalam peringkat konsep, tetapi kita sudah ada rangka yang meliputi empat tonggak,” katanya ketika mengadakan sesi taklimat Kertas Putih Kesihatan bersama media di sini hari ini.

Kertas Putih Kesihatan menggariskan empat tonggak iaitu melibatkan mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, memastikan pembiayaan kesihatan yangmempan dan saksama serta memperkukuhkan asas sistem kesihatan dan tadbir urus.

Sementara itu, KKM akan melakukan penilaian semula risiko Covid-19 pada pertengahan bulan depan dalam mengetahui status negara berhubung penyakit berjangkit itu.

Zaliha berkata, ia memandangkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan masih dalam tempohnya sehingga 30 Jun depan.

“Dalam masa sekarang negara kita masih lagi belum masuk ke fasa endemik…di peringkat transisi. Walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memberitahu ia bukan lagi kecemasan kesihatan global.

“Tapi negara kita masih lagi, khususnya perayaan ada peningkatan sedikit walaupun terkawal… tetapi kembimbangan masih ada dan masih pantau dekat Malaysia masih lagi kekalkan kawasan jangkitan tempatan. Pertengahan Jun (kita) nilai balik keadaan itu, dan akan lihat garis panduan WHO,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI