fbpx

Mahkamah: Pembantu kedai didakwa aniaya gadis 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ikram Safwan (tengah) didakwa memperkosa gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan memperkosa seorang remaja perempuan bawah umur yang dikenali menerusi media sosial antara bulan Mac hingga April lalu.

Muhammad Ikram Safwan Azmi, 26, membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Ikram Safwan didakwa merogol kenalannya yang ketika itu berumur 13 tahun lima bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di empat lokasi berasingan di daerah ini dan Kuala Nerus antara 28 Mac sehingga 22 April lalu.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nur Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI