fbpx

Doktor belah perut pesakit keluarkan botol deodoran dalam rektum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej X-ray menunjukkan kedudukan botol deodoran tersebut di dalam badan pesakit berkenaan. – Daily Star

TEHERAN, IRAN – Sekumpulan doktor di Iran tiada  pilihan melainkan membelah perut seorang lelaki untuk mengeluarkan  botol deodoran yang berada jauh di dalam duburnya , lapor akhbar Daily Star semalam.

Kes itu  diterbitkan dalam sebuah jurnal perubatan baru-baru ini. Doktor-doktor perlu memikirkan cara terbaik untuk mengeluarkan botol tersebut tanpa merosakkan organ lelaki berusia 30 tahun itu.

Menurut laporan, lelaki itu mengadu sakit perut  dengan punca kesakitan berasal pada  bahagian punggungnya  semasa mendapatkan rawatan perubatan.

Pasukan pakar bedah unit kecemasan Universiti Sains Perubatan Iran terpaksa membelah  perut pesakit pada hari sama.

Pembedahan adalah satu-satunya pilihan untuk lelaki berkenaan. Pesakit ketika itu berada dalam kesakitan teruk sehinggakan dia  tidak boleh duduk ketika menjalani pemeriksaan rektum atau sebarang prosedur lain bagi mengeluarkan botol tersebut.

Selepas pembedahan selamat dilakukan, dia ditahan di hospital supaya kembali pulih seperti sedia kala.

Tiada tanda berlakunya  pendarahan atau luka pada duburnya dicatatkan dalam jurnal sama. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI