fbpx

PUNB perkasa komuniti Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA program bergambar selepas majlis perasmian di Ibu Pejabat PUNB, Plaza Sentral, hari ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan program ‘Empowering Orang Asli Communities (Eco), Through Skills and Training’ bertujuan memperkasa komuniti Orang Asli melalui kemahiran dan latihan.

Program berkenaan adalah kerjasama strategik antara PUNB dan Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk melatih belia Orang Asli berusia 18 hingga 30 tahun untuk menjalani latihan sambil bekerja di bengkel-bengkel kenderaan milik rakan usahawan terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, program Eco mampu memperkasakan kehidupan Orang Asli terlibat dan merapatkan jurang ketidaksamaan dalam ekonomi.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, PUNB telah melakukan penambahbaikan berterusan terhadap langkah-langkah yang menyokong dan mempromosikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) sebagai bahagian penting dalam operasi kami.

“PUNB komited untuk membantu belia Orang Asli dengan menggalakkan keterangkuman sosial melalui penglibatan meluas dalam bidang kemahiran dan aktiviti yang boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 10 belia Orang Asli dari Jerantut, Pahang terpilih dalam projek rintis tersebut dan mereka akan menjalani latihan selama enam bulan bermula Jun ini di bengkel-bengkel Rakan Usahawan PUNB di Temerloh, Bangi, Banting dan Cyberjaya.

Peserta turut diberikan elaun bulanan serta kemudahan penginapan sepanjang program.

Lima Rakan Usahawan PUNB yang terpilih sebagai mentor untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada peserta ialah Awie Tayar & Services, Maxipura Sdn. Bhd., Kah Millenium Work Sdn. Bhd., Azam MM Sdn. Bhd. dan Wan Nor Auto Services Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI