fbpx

Abang 14 tahun cuba perkosa adik perempuan 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di Singapura, seseorang yang didapati bersalah atas percubaan merogol kanak-kanak bawah umur berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 20 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan. - Mothership

SINGAPURA – Seorang remaja lelaki di Singapura mengaku bersalah atas tuduhan cuba memperkosa adik perempuannya yang berusia lapan tahun ketika dia berusia 14 tahun, lapor laman berita Mothership hari ini. 

Remaja yang kini berusia 17 tahun itu didakwa atas dua pertuduhan iaitu percubaan merogol dan serangan seksual. Tertuduh juga merakam gambar lucah adiknya.

Remaja itu tinggal di sebuah rumah pangsa bersama ibu bapa, datuk, nenek, seorang abang dan adik perempuannya.

Pada Jun 2020, remaja itu tinggal bersendirian dengan adik perempuannya di dalam bilik tidur. Dia meminta mangsa menanggalkan pakaian dan cuba memperkosanya, namun gagal.

Tertuduh merakam gambar lucah mangsa sebelum keluar daripada bilik. Dia meminta mangsa melupakan perkara itu dan memadamkan gambar tersebut.

Dua bulan kemudian, pada Ogos 2020, tertuduh menghantar mesej teks kepada seorang rakan dan berkongsi rahsia mengenai perkara itu.

Remaja itu bertindak semula dua tahun kemudian antara Februari dan Julai 2022. Hanya adik perempuan dan abangnya yang berada di rumah ketika itu.

Tertuduh cuba menyerang mangsa secara seksual selepas memasuki biliknya ketika dia sedang tidur.

Apabila ibunya pulang ke rumah dan bertanya apa yang mereka buat, tertuduh berbohong dan berkata bahawa dia membantu mangsa memeriksa kemaluannya yang sakit.

Ibu mereka percaya alasan tersebut, namun meminta remaja lelaki itu tidak mengulangi perbuatannya.

Namun pada 2022, rakan tertuduh melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah. Bapanya kemudian membuat laporan polis pada 25 Ogos 2022.

Perbicaraan seterusnya untuk kes budak lelaki itu diadakan pada Jun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI