JAKARTA – Lembu korban di daerah Agam, Sumatera Barat dijual pada harga mencecah 18 juta rupiah (RM5,543) hingga 28 juta rupiah (RM8,623) seekor, lapor laman berita Suara.com.
“Harga ini berdasarkan data yang kami peroleh daripada penjual lembu di beberapa pasar ternakan di kawasan berkenaan,” kata Ketua Bidang Kesihatan Haiwan dan Kesihatan Masyarakat Verterinar Jabatan Pertanian Agam, Farid Muslim.
Kata Farid, lembu korban baka Bali dan Pesisir yang berharga 18 juta rupiah (RM5,543) itu mempunyai berat mencecah 150 kilogram.
Seekor lembu yang dijual pada harga 28 juta rupiah (RM8,623) pula memiliki purata berat 300 kilogram.
“Kebiasaannya, lembu seberat 300 kilogram dibeli untuk korban berkeluarga atau berkumpulan,” katanya.
Jelas Farid, harga untuk satu bahagian adalah 2.7 juta rupiah (RM831) hingga 2.8 juta rupiah (RM862) dan seekor lembu dikongsi bersama tujuh orang.
Bekalan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini diimport dari Sumatera Barata, Sumatera Utara, Lampung dan tempat lain. – Agensi